June 14, 2007

MEMALAYSIAKAN MELAYU?

Aku tertarik dengan teguran Saudara Mat Saman Kati melalui blog Saudara Anuar Mohd Nor (Arah Kita). Berbicara tentang bahasa dan bangsa.

Faizal,

Aku setuju dengan perkataan tolak ansur, tapi apa yang aku tak setuju ialah tolak ansur-ansur. Apa yang dilakukan oleh Umno hari ini ialah menolak secara ansur-ansur nilai-nilai Melayu demi kepentingan politik mereka.Ingat lagi tuntutan 17 perkara yang dikemukakan oleh Dong Jiao Zhong pada pilihanraya 1999 dulu? Aku tak kisah kalau Umno bagi apa yang orang Cina minta, tapi apakah dengan mengorbankan kepentingan Melayu? Tengoklah apa yang jadi pada orang Melayu hari ini. Anak-anak Melayu menguasai Universiti Serenti, penjara dan lebuhraya, Umno buat apa? Yang aku dengar ialah peruntukan untuk membina penjara dan pusat serenti ditambah dalam RMK9. Untuk siapa? Apabila aku menentang pertukaran Bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia, ia tiada kena mengena dengan bahasa dan bangsa lain. Seperti kata Zaba, Orang Cina dan India tak kisah pun samaada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Jiwa Bangsa. Bahasa Melayu melambangkan jiwa Melayu. yang perlu ialah memartabatkan bahasa Melayu, bukan dengan melenyapkan perkataan Melayu.Kalau dulu, kita Sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil, sekarang ni kita cuma ada sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Mana sekolah Melayu? Apabila sekolah Melayu ditukar menjadi kebangsaan, apakah orang Cina dan orang India akan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan? Tidak jugak!Kalau bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia, apakah orang Cina dan India akan bercakap dan menulis didalam bahasa Malaysia? Tidak jugak! Tengok dalam blog ni saja sudah lah. Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia, masih ramai yang tak tau menulis dan membaca dalam bahasa Melayu. Bangla dan Nepal pun pandai cakap melayu dari depa. Berkorban tak salah, tapi jangan sampai terkorban.

Aku cuma kecewa asbab isu ini dibangkitkan ia bisa mengguriskan bangsa bukan melayu. Secara langsung mahupun tak langsung meningkatkan lagi ketegangan antara kaum di Malaysia. Pada hemat aku adalah amat tidak adil untuk kita letakkan kesalahan pada bahu bangsa lain. Sedangkan bagi aku kesalahan adalah berpunca dari dasar yang pincang dan bermasalah. Ini belum lagi diambilkira dengan perlaksanaan dasar yang tempang. Komen ringkas aku cuma, dulu Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia, dulu sekolah melayu ditukar kepada sekolah kebangsaan (Sekolah Malaysia), kini bahasa Melayu ditukarkan kepada Bahasa Malaysia. Lepas ini aku agak Bangsa Melayu akan ditukar menjadi Bangsa Malaysia. Mungkin ada kebenarannya, cuba lihat Kad Pengenalan kita? Kalau zaman penjajahan Inggeris dahulu masih tertera Bangsa Melayu, tetapi dibawah penjajahan Melayu Baru. Kemanakah hilangnya perkataan Bangsa Melayu? Kini cuma yang tinggal hanya Agama dan Warganegara sahaja. Mungkin suatu hari nanti akan hilanglah perkataan Melayu pada orang melayu, yang tinggal hanya melayu pada kulitnya sahaja. Mungkin perkataan Melayu sendiri akan terpupus dalam diri melayu itu sendiri dan hanya akan tinggal sebagai mitos atau dalam kamus, suatu hari nanti...

23 comments:

  1. farrel,

    mungkin lepas ni UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) akan ditukar menjadi Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu??

    Banyak lagi, cuma kita terlepas pandang!!

    ReplyDelete
  2. farrel,

    Aku merujuk kepada dua ayat pertamadalam blog hang:"Aku cuma kecewa asbab isu ini dibangkitkan ia bisa mengguriskan bangsa bukan melayu. Secara langsung mahupun tak langsung meningkatkan lagi ketegangan antara kaum di Malaysia"

    Disinilah tolak ansur diperlukan, tetapi tolak ansur tidak bermakna ambil dari poket kiri masuk poket kanan. Tolak ansur mestilah menghasilkan situasi menang-menang, tidak perlu berkorban atau terkorban.

    Aku merasakan isu bahasa ini hanyalah salah satu prelude menjelang pilihanraya, untuk menghasilkan ketegangan antara kaum.Isu ini dilontar dengan harapan Pas dan Keadilan akan menyambut dan membalas dengan kenyataan-kenyataan yang emosional sehingga mengguris perasaan kaum lain. Umno kemudian akan mencanangkan bahawa Pas dan Keadilan merupakan ultra melayu yang perlu ditakuti oleh bukan Melayu. Dan seterusnya mencanangkan "perpaduan".

    Hey presto, rakyat Malaysia tertipu lagi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas respon saudara, memang diakui ada kebenaran disebalik kata2 dan hujah saudara.

    Ini baru kita bicarakan tentang Isu melayu dlm bahasa. belum lagi kita bicarakan isu melayu dlm ekonomi, politik, dsbgainya...

    ReplyDelete
  4. hakikatnya yg bertolak ansurnya kita! bangsa lain ada ke bertolak ansur??

    ReplyDelete
  5. good blog ! keep it up.

    ( shenyeeaun.disagrees.net )

    ReplyDelete
  6. Shen Yee Aun,

    thanks for your support!

    ReplyDelete
  7. FARREL tanya:

    Saya telah mulai memahami tema2 pencerahan. sy akan terus mengkaji dan meneliti hujah2 tersebut.

    1. Apakah saudara bersetuju dengan Islam Hadhari?

    2. Adakah Islam Pencerahan (Islam Tanwiri) perlu? Ramai yg mempertikaikan Islam hadhari dgn menggunakan beberapa hujah dan apakah hujah yg sama boleh digunakan utk mempertikaikan konsep Islam Pencerahan (tanwiri)?

    3. Jaringan Islam Liberal(JIL) yg bertemakan (Mencerahkan dan Membebaskan?). Apakah ini membawa maksud Pencerahan KSJT, mendokong prinsip JIL?.

    FATHI ARIS OMAR jawab:

    1. Islam Hadhari? Saya "setuju" dan "tidak setuju". Saya jawab dalam wawancara dengan kumpulan The Reading Group, Singapura. Boleh cari di blog saya bawah topik "Islam Progresif".

    2. Islam Tanwiri perlu atau tidak? "Perlu" jika kita melihat paradigma Islam sekarang sebagai "Islam Gelap". Pak Khalid pernah mengupas idea, isu ini dalam "Islam Cerah, Islam Gelap" dalam majalah Siasah.

    Sewaktu IKD, Pak Khalid menganjurkan "Islam Tanwiri", saya berada di luar negara. Jadi saya tidak sempat ikuti diskusi lengkap, terperinci tentangnya.

    Namun, setakat saya kenal Pak Khalid, "Islam Tanwiri" itu jawaban atau pendekatan untuk mengatasi kelemahan budaya dan pemikiran umat Islam sekarang. Ideanya lebih kompleks sehingga saya tidak sempat jawab di sini.

    3. Hahaha! JIL memakai slogan itu kerana ia terpengaruh dengan Pencerahan Eropah.

    KsJT tidak meniru JIL tetapi merujuk cebisan-cebisan pengalaman & idea Pencerahan Eropah. KsJT bukan kelompok diskusi Islam, tak macam JIL.

    Tentang KsJT, rujuk http://telawi.blogspot.com/

    Tentang Pencerahan Telawi, rujuk http://komunite.blogspot.com/ (dalam pembinaan)

    faomar@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Fathi Aris Omar,

    Terima kasih sekali lagi atas jwpn berhikmah dan bernas saudara!

    Mungkin skrg sy mulai jelas dan sedikit faham berkenaan konsep islam tanwiri dan pencerahan ini. Saya akan cuba merujuk blog2 yg saudara cadangkan utk dpt maklumat lebih lanjut.

    ReplyDelete
  9. melayu tak mulia kerana namanya melayu. Kita masih jauh dari konsep melahirkan sebuah bangsa - malaysia.

    ReplyDelete
  10. Aris Pertama,

    Kalau melayu tidak mulia kerana namanya meLAYU? Wajarkah kita menukar nama meLAYU kepada meNYEGAR ataupun .... ? bagi menggantikan perkataan meLAYU?

    ReplyDelete
  11. Sorry farrel, terpaksa test dulu sebab ada problem sikit,


    Tak payah tukar nama melayu kalau nak segar. Kesegaran bukan datang dari nama. Petai tetap petai walaupun ditukar namanya kepada jering. Yang penting ialah pengisian roh melayu kedalam orang-orang yang mengaku melayu.

    Melayu menjadi layu bukan kerana nama, tetapi hasil evolusi yang tidak henti-henti menjajah minda melayu.

    Bermula dari 1511, Portugis, Belanda, British, Jepun, Komunis, bangsa melayu tidak henti di jajah. Paling teruk, selepas merdeka, Melayu dijajah oleh bangsa Melayu sendiri.

    Penjajahan minda yang dilakukan oleh pemerintah hari ini lebih teruk daripada Yahudi. Yahudi memerangi orang lain, tetapi pemerintah Melayu hari ini melingkupkan bangsa sendiri.

    Melayu diajar menjadi peminta sedekah, mengharap bantuan dan subsidi kerana mereka sedar, sekiranya orang melayu masih susah, mereka tidak akan memikirkan tentang idealisma, wadah dan perjuangan. Masing-masing akan hanya memikirkan tentang bagaimana hendak berebut tulang-tulang yang berserakan.

    Apa yang diperlukan hari ini ialah reformasi total.Pemikiran, ekonomi dan politik. Inilah halangannya.

    Reformasi ekonomi tidak akan berlaku tanpa reformasi politik.

    Reformasi politik tidak akan berlaku tanpa reformasi pemikiran.

    Reformasi pemikiran tidak akan berlaku tanpa reformasi ekonomi.

    Selagi politik, pemikiran dan ekonomi dikuasai oleh Umno, selagi itulah Melayu akan meLAYU. Dulu, kini dan selamanya.

    Tukarlah kepada nama apa pun.

    ReplyDelete
  12. Mat Saman Kati,

    Ulasan yg cukup menarik, sebenarnya memang saya memang bersetuju dgn hujah dan kenyataan saudara, mungkin ada sesuatu yang tersirat dalam persoalan yang cuba dibangkitkan oleh Aria Pertama.
    Saya sendiri masih menunggu jawapan daripada saudara Aria Pertama, sbb bagi saya mungkin beliau memiliki hujah yang tersendiri.

    Aris Pertama,

    Harap saudara dpt merespon kenyataan Mat Saman Kati!

    ReplyDelete
  13. apalah ada pada nama...kamu sendiri bilang 'roh' itu lebih penting. Biarlah mereka (penguasa) nak tukar nama apa pun..baik suku katanya ke..ganti namanya ke..apa pun. Tiada gunanya kerana mereka yg bernama penguasa ini hanya mampu menukar dlm konteks 'surface' saje. ya..barangkali kesannya ada pada jiwa, tetapi itu (penukaran nama) bukanlah faktor utama, tetapi disebabkan oleh faktor 'ekonomi' yang menjadi 'penarik' pada manusia. jadi biarlah nama dengan namanya. Boleh rujuk blog aku, tajuk 'sunyi' ada sedikit persamaan konteks. foundation yg kamu ada...sudah cukup untuk menolak provokasi 'bahasa' dan retorik 'melayu'nya. Percayalah, kelak mereka akan buat u-turn semula. Yakinlah..kamu tetap melayu walau ada nama lain bagi melayu!!!!

    ReplyDelete
  14. 1. Maafkan aku kalau tidak memahami bahasa puitis. Aku berfikir didalam bahasa jalanan, bahasa pentas ceramah.

    2."..melayu tak mulia kerana namanya melayu."

    Dalam bahasa jalanan, ayat ini berbentuk negatif. Dalam bahasa puitis, ia mengundang berbagai tafsiran, positif dan negatif. Sama seperti "Tuhan itu samseng".

    3."Kita masih jauh dari konsep melahirkan sebuah bangsa - malaysia."

    Mengapa perlu diberi nama:malaysia? Mengapa tidak bangsa melayu? Apakah bangsa "malaysia" itu lebih baik dari bangsa melayu?

    Bangsa terhasil melalui evolusi yang memakan ratusan tahun. Sejak bila konsep "bangsa malaysia" ini dilontarkan? Apakah matlamatnya untuk kesejahteraan insan, ...ataupun kepentingan politik?

    3."apalah ada pada nama..."

    OK! Mengapa perlu ditukar. Mengapa tidak dibiarkan saja?

    4."..kamu sendiri bilang 'roh' itu lebih penting. "

    Ya, lebih penting. Tetapi nama itu juga penting. Sama pentingnya dengan mereka yang mahu menamakan satu bangsa impian:Malaysia.

    5."Percayalah, kelak mereka akan buat u-turn semula."

    Apakah kita hanya perlu mengharap qada dan qadar saja? Ya, mereka akan membuat u-turn sekiranya mereka gagal mendapat undi.

    6."Yakinlah..kamu tetap melayu walau ada nama lain bagi melayu!!!! "

    Ya! Apabila bangsa impian itu tercapai. Apabila orang Cina tidak lagi bercakap tentang kepentingan Cina, orang India tidak bercakap tentang kepentingan India dan Melayu tidak bercakap tentang kepentingan Melayu.

    ReplyDelete
  15. bukan mengharap qada/qadar,cuma...pegi mampuslah dia org (penguasa) nak tukar nama apa pun.. hal 'pencerahan' bukan slogan untuk 'bangsa' atau 'melayu'...jika itu..alangkah rendahnya intelek kita. Isu ini ibarat gula-gula (barang kesukaan anak-anak kecil)...maka dimain-mainkanlah 'gula-gula' ini..agar kamu terus menjadi anak-anak kecil yang terus menangis berkehendakkan 'gula-gula' sedangkan kamu tidak tahu bahawasanya... tidak akan mati anak-anak itu (kamu) jika tidak makan 'gula-gula' ( bukan gula tau ) hahahaha....Tanyalah pada fathi aris klu tak jelas lagi.

    ReplyDelete
  16. OK. Sekarang aku faham. Aku sedang berdiskusi dengan golongan intelek yang sedang merancang untuk mencipta tamadun baru 'beyound race, language and culture'

    Aku duduk dikampung, menternak kambing dan menangkap ikan. Soal konsep, idelisma, ( baik Hadhari, Madani etc) masih lagi asing pada majoriti bangsa melayu.

    Aku bukan menentang. Seperti yang aku katakan, reformasi itu perlu dari sudut ekonomi, politik dan pemikiran. Dan Sdr. dan grup Sdr. memilih untuk melakukan reformasi pemikiran. Teruskan.

    Aku cuma mampu menggerakkan reformasi politik. Persekitaran politik hari ini bukan berdasarkan intelektualisma,(majoriti) tetapi emosi dan tipu helah.

    Anak-anak kecil menangis mahukan gula-gula bukan kerana ia satu keperluan. Tetapi untuk menunjukkan siapakah yang lebih berkuasa. Diantara dia dan bapanya. Dia tahu, kalau bapanya tidak memberikannya gula-gula itu, bapanya akan membelanjkan hak anak itu untuk membeli rokok.

    Aku rasa, kita berada didua kutub yang bertentangan, tetapi tujuan itu mash lagi sama.

    ReplyDelete
  17. "Isu ini ibarat gula-gula (barang kesukaan anak-anak kecil)...maka dimain-mainkanlah 'gula-gula' ini..agar kamu terus menjadi anak-anak kecil yang terus menangis berkehendakkan 'gula-gula' sedangkan kamu tidak tahu bahawasanya... tidak akan mati anak-anak itu (kamu) jika tidak makan 'gula-gula'." ~Aria Pertama


    "Anak-anak kecil menangis mahukan gula-gula bukan kerana ia satu keperluan. Tetapi untuk menunjukkan siapakah yang lebih berkuasa. Diantara dia dan bapanya. Dia tahu, kalau bapanya tidak memberikannya gula-gula itu, bapanya akan membelanjkan hak anak itu untuk membeli rokok."~Mat Saman Kati.

    Tertarik dgn dua kenyataan diatas, mungkin kerana usia saya yang masih muda, gagal memikirkan perumpamaaan yg seunik dan penuh makna tersirat! Diskusi ini mungkin menunjukkan ada pertembungan idea dan pandangan antara kalian. Tapi saya juga setuju dan percaya, yang beza hanya pendapat dan idea tetapi pejuangan dan matlamat adalah tetap sama!

    ReplyDelete
  18. Saya tidak nampak adanya pertembungan idea. Cuma berlainan pendekatan, berlainan kumpulan sasaran. Matlamatnya tetap sama.

    Kelainan ini juga mungkin disebabkan jurang usia dan perspektif pemahaman terhadap sesuatu isu.

    Lewat tahun 80an, aku 'membazirkan' masa berdiskusi, bertegang urat membicarakan falsafah dan konsep didalam Aliran, USM, Theosophical Society di Pulau Pinang. Diantaranya Dr.Chandra Muzaffar dan Dr. Kassim Ahmad. Last-last, Kassim Ahmad masuk Umno. Chandra Muzaffar pun meninggalkan Aliran dan tubuh JWT, dan masuk geng Mahathir dan Anwar.

    Falsafah tinggal falsafah, hanya menjadi bahan rujukan kaum intelek, tetapi rakyat marhaen masih tidak berubah, sebaliknya makin teruk. Aku tinggalkan itu semua dan merasakan bahawa perubahan itu perlu dilakukan dari pelbagai sudut, bukan dengan hanya berdiskusi, tetapi mempraktikkan apa yang kita percaya.

    Percayalah, saya mula mempercayai tentang perlunya 'bangsa Malaysia' ketika diawal 70an lagi.Masa itu saya masih disekolah menengah, kerana terpengaruh dengan DAP.(Bapa rakan sekelas saya ialah MP Batang Padang, sekarang Tapah, dari DAP)

    Hari ini, apabila orang bercakap tentang falsafah dan idealisma, saya lebih senang mendengar atau menerima daripada mereka yang non-partisan. Selainnya, hanyalah untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  19. Saudara Mat Saman Kati,(sewajarnya Pak Man Saman Kati)

    "Falsafah tinggal falsafah, hanya menjadi bahan rujukan kaum intelek, tetapi rakyat marhaen masih tidak berubah, sebaliknya makin teruk. Aku tinggalkan itu semua dan merasakan bahawa perubahan itu perlu dilakukan dari pelbagai sudut, bukan dengan hanya berdiskusi, tetapi mempraktikkan apa yang kita percaya."

    Aku setuju dengan kenyataan ini, tapi bagaimana pula andainya tiada falsafah? kemana halatuju? kemana yang ingin dibawa? Mungkin sekarang ini, kita saling mencari-cari falsafah yang terbaik, terrasional, terunggul, dan paling penting idealistik dan praktikal untuk semua.

    Usaha ini diteruskan sehingga ke hari ini! Mungkin setelah satu falsafah ideal tersebut ditemui. Baru mereka bisa memikirkan perlaksanaannya? Atau mungkin falsafah dan penterjemahan sedang bergerak seiring kini tanpa kita sedari cuma rakyat marhaen agak ketinggalan atau tercicir!

    ReplyDelete
  20. Falsafah itu penting.Aku percaya, dari falsafah lahirnya ideologi, dari ideologi lahirnya dasar, dari dasar lahirnya sistem, dan dari sistem lahirnya cara hidup.

    Perjalanan merealisasikan falsafah itu akan melalui beberapa transisi dan ini memerlukan pemahaman dari setiap peringkat manusia yang berlainan tahap kemampuan untuk berfikir. Oleh itu pemahaman memerlukan persefahaman.

    Apa yang membosankan aku ialah apabila mereka yang merasakan diri mereka pandai, sering memperlekehkan orang lain apabila idea mereka disanggah.

    Cuba Sdr. menyanggah pemimpin Pas atau pun bertentangan pendapat dengan mereka. Sudah pasti Sdr. akan dilabel sebagai jahil, sesat atau pun barua Umno.

    Cuba lihat komen ariapertama,: "hal 'pencerahan' bukan slogan untuk 'bangsa' atau 'melayu'...jika itu..alangkah rendahnya intelek kita. "

    Ayat ini sahaja sudah membuatkan aku berfikir bahawa mereka yang memahami idea penserahan itu sebagai 'intelek' manakala mereka yang bercakap tentang bangsa itu sebagai rendah kemampuan berfikirnya.

    falsafah, ideologi, sistem dan cara hidup Islam itu bagus, tetapi mengapa Pas tidak diterima majoriti?

    Falsfah, ideologi, sistem dan cara hidup Masyarakat Madani itu cukup hebat, tetapi mengapa dipinggirkan oleh rakyat?

    Aku merasakan bahawa mereka yang mengemuka dan mempromosikan falsafah, ideologi itu terpisah dari massa. Islam itu seolah-olah kepunyaan ulama. Kalau hang bukan ulama, mesti ikut saja. Masyarakat Madani atau Civil Society hanya untuk diskusi. Adakah dipraktiskan?

    Ayat terakhir itu sungguh menarik. Aku nampak, ada satu falsafah dan pelaksanaan yang sedang berlaku, diterima oleh majoriti tanpa disedari, iaitu falsafah Zionis.

    Aku tertarik dengan satu dokumen yang dikenali sebagai "The Protocols of the Learned Elders of Zion", tentang falsafah, ideologi, sistem dan cara hidup Yahudi Antarabangsa, yang aku rasa telah diterima sebagai sebahagian besar cara hidup kita.

    ReplyDelete
  21. Melayu tergugat kerana abaikan bahasanya sendiri. Tiba masanya Melayu tidak perlu lagi bertolak ansur dalam bahasanya. Melayu mesti bertegas dalam mengukuh dan perteguhkan bahasanya sendiri.

    ReplyDelete