
Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh merupakan satu-satunya Kampung Melayu Tradisional yang terletak di tengah-tengah Bandar
Raya Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Ia merupakan satu perkampungan yang
memiliki sejarah yang tersendiri dan sewajarnya dikekalkan sebagai satu
warisan untuk generasi yang akan datang. Status tanah rizab Melayu yang
dimilikinya dan juga kedudukannya yang terletak di kawasan yang amat
strategik iaitu ditengah-tengah Bandar Raya Ipoh secara tidak langsung
dapat memperlihatkan kelebihan dan keistimewaannya berbanding dengan
kampung-kampung lain yang terdapat di Negeri Perak.
Walau
bagaimanapun kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam Kampung
Kepayang tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya sebaliknya ia
dimanipulasikan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang akhirnya
mengakibatkan semakin hari semakin terhakis keluasan tanah Kampung
Kepayang. Semakin hari Kampung Kepayang dirobek dan dihakis oleh
golongan kapitalis yang hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan
nilai warisan bangsa yang seharusnya dikekalkan.

Bukan sekadar
tanahnya dihakis, malah sejarah Kampung Kepayang juga dicaca-merbakan
sehingga menyebabkan anak-anak muda generasi baru terpinga-pinga dan
tertanya-tanya sejarah dan asal-usulnya. Ada yang keliru dan ada juga
yang langsung tidak tahu. Malah ada juga yang tidak bersedia untuk tahu
dan tidak mahu tahu. Mungkinkah ini semua ini telah diatur oleh
golongan tertentu agar ia menjadi sebegitu? Atau mungkin nilai-nilai
keistimewaan Kampung Kepayang yang telah dirobek dan dihakis
menyebabkan anak-anak muda tidak lagi berminat untuk tahu lantaran
merasakan ia tidak bernilai dan tidak memberi apa-apa makna kepada
mereka?
Artikel ini pernah dipaparkan dalam FB Kepayang dan Continuallybebas
No comments:
Post a Comment