February 2, 2008

SATU LAMBANG BARISAN ALTERNATIF

Isu ini acapkali dibangkitkan dikalangan pendokong-pendokong Barisan Alternatif (BA) setiapkali pilihanraya mengunjung tiba. Sengaja ingin saya menyinggung cadangan ini kerana bagi saya ia telahpun diperhalusi oleh seluruh pimpinan BA tentang kebaikannya. Disini tidaklah ingin saya menjelaskan tentang kebaikan mahupun keburukan penggunaan satu lambang bagi BA dalam pilihanraya akan datang kerana telahpun diulas oleh pimpinan BA, yang telah jelas menerima idea ini sehinggakan usul ini telahpun dipersetujui oleh Majlis Presiden BA satu ketika dahulu dan seterusnya dibawa ke Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Memang kita sedia maklum bahawa cadangan tersebut terpaksa dibakulsampahkan dek kerna peraturan SPR yang menetapkan tujuh buah parti dalam sesuatu gabungan (yang merujuk kepada BA). Kita sedia maklum bahawa terdapat hanya dua parti komponen barisan alternatif iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS). Ini bermakna kita kekurangan lima buah parti dalam usaha membentuk pakatan rasmi yang diiktiraf oleh SPR dan seterusnya melayakkan penggunaan satu lambang bagi seluruh parti dalam BA.

Sebagai penyelesaian terhadap masalah ini saya mencadangkan dua formula yang bisa diaplikasi dalam menterjemahkan usaha "menyatulambangkan" BA dalam pilihanraya akan datang bagi mengelakkan kekeliruan, pembaziran tenaga, kewangan dan jentera terutamanya melibatkan urusan publisiti juga perang poster.

Formula yang pertama ialah BA yang kini terdiri daripada PKR dan PAS perlu memujuk Parti Tindakan Demokratik (DAP), untuk kembali bersama BA, sememangnya usaha ini amat sukar walaubagaimanapun saya percaya seandainya Dato' Seri Hadi Awang dapat menggunakan budibicara sepertimana yang dilakukan oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Dato' Fadhil Noor tidak mustahil DAP akan kembali berpayung dibawah BA.

Seandainya masih gagal, pakatan BA sewajarnya memujuk Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang baru dihidupkan semula, Parti Demokratik Malaysia (MDP) disamping dua buah parti pembangkang Borneo iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan beberapa parti yang mungkin saya terlepas pandang tentang kewujudannya antaranya Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) untuk bersama-sama menyertai BA. Dengan ini secara tidak langsung bisa menjumlahkan sekurang-kurangnya tujuh parti dalam komponen BA dan seterusnya melayakkan penubuhan BA secara rasmi dan diiktiraf oleh SPR untuk bertanding dalam satu lambang dalam pilihanraya 2008 yang akan datang.

Formula yang kedua, BA yang kini hanya terdiri daripada PAS dan PKR, mungkin perlu bertolakansur dimana hanya satu lambang daripada dua parti ini sahaja akan digunakan untuk mewakili BA dalam pilihanraya akan datang atau dengan kata lain, salahsatu parti perlu berkorban lambang untuk sementara waktu semata-mata dalam pilihanraya akan datang. Berikutan sifat PKR yang agak "Malaysia". Saya mencadangkan lambang PKR digunakan untuk mewakili BA. Ini bermakna semua calon BA sama ada daripada PAS, PKR mahupun proksi-proksi BA yang gagal mendapat kelulusan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Reformasi Insan Malaysia (PRIM) perlu menggunakan lambang PKR dalam pilihanraya akan datang bagi membuktikan kesatuan dan perpaduan dalam BA itu sendiri.

Kedua-dua formula ini adalah amat sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk tindakan, walaubagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang mustahil dengan syarat kesemua parti-parti pembangkang atau parti komponen BA perlu mengorbankan keegoaan dan prinsip asas masing-masing dan meletakkan matlamat kemenangan dalam pilihanraya akan datang sebagai keutamaan dalam usaha membentuk Malaysia yang Baru sepertimana yang didambakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Penggunaan satu lambang ini amat penting dan bisa memperlihatkan perpaduan dikalangan komponen BA dan seterusnya melonjakkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Alternatif yang bakal dibentuk oleh BA kelak.

Artikel ini pernah dipaparkan dalam Tranungkite Online dan Marhaen

13 comments:

  1. Jom tengok 10 Tahun Sebelum Merdeka
    sebuah filem dokumentari oleh Fahmi Reza.

    Awarded “Most Outstanding Human Rights Film”

    http://10tahun.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tulah kadang2x cadangan mcm masuk akal ..tpi lebih kpd penyerahan kuasa sementara kpd yg bukan hak konon nye utk tidak nampak sgt ...x payah takut ...hentam saje ..berdepan saje ...kalah menang itu milik Allah ..jgn gadai kan islam utk sekerat kemenagn ...last2x ape pun xleh buat ...kite tgh bersatu padu even tidak satu lambang ....tpi tujuan kite same ...kite tidak akn berganjak ...perjuangan kite jelas....islam depan skalik......idea kat atas tu ksbnrnye boleh pakai tpi risau takut terpadam nye lambang daulah islam ...

    ReplyDelete
  3. Idea yang tak realistik bila suruh PAS sebagai sebuah parti yang bertapak lama dalam negara untuk menggunakan lambang PKR dalam pilihanraya. Sepatutnya penulis artikel menyuruh PKR yang menggunakan lambang PAS dalam Pilihanraya. Bukannya seperti yang beliau sarankan. Sebagai orang baru, kita kena hormati orang lama. Dimanakah adat ketimuran kita?

    ReplyDelete
  4. respon terhadap al-lunasi,

    al-lunasi menrespon persoalan saya dgn penuh emosional tanpa alasan yang kukuh, persoalan penggunaan lambang dalam pilihanraya adalah sungguh tidak praktikal untuk menggunakan "adat" sebagai hujah.

    beliau sewajarnya melihat lambang PKR dalam konteks nasional, bukan disempitkan dalam bersifat "adat" semata-mata.

    adalah sungguh mustahil berlambangkan PAS, BA akan bisa menarik pengundi-pengundi bukan Islam untuk mengundinya. Lambang KEADILAN kelihatan agak mesra untuk semua kaum dilihat lebih layak untuk digunakan oleh Barisan Alternatif berbanding PAS yang bersifat agama Islam semata-mata.

    ReplyDelete
  5. Lambang Dacing untuk BN tu... kalau dikira adalah dacing zaman kuno.. tapi yg penting itu adalah lambang.

    Kalau BA nak buat lambang... memang bagus dan memudahkan pengundi. Cuma yg menjadi masalah ialah memilih lambang.

    Senang ceter... cipta jer lambang baru yang terkandung di dalamnya isi hati parti2 komponannya.

    Antara roket, mata dan bulan. Antara warna mereh, biru dan hijau. Lakarlah di atas kain hijau, roket menuju bulan dan mata sedang memandang....

    Kalau dibuat peraduan... ramai yg nak tunjuk kebolehan...

    ReplyDelete
  6. abdinabu,

    idea anda bernas, tetapi anda sewajarnya memahami konteks permasalahan yang saya cuba ketengahkan.

    Permasalahan sekarang bukannya tentang kewujudan lambang, saya sendiri boleh mencipta lambang untuk barisan alternatif, malah ramai pakar-pakar boleh menciptanya.

    permasalahannya ialah bagaimana untuk digunakan lambang tersebut sedangkan ada peruntukan undang-undang yang menghalang penggunaannya.

    saya mohon agar pembaca blog memahami konteks permasalahan yang saya ketengahkan.

    berbalik mengapa saya memilih lambang KEADILAN sebagai lambang BA bukannya lambang PAS, ini adalah kerana KEADILAN adalah parti yang bersifat multinracial berbanding PAS yang bersifat keislaman. Bukan saya menolak Islam tetapi dengan keadaan Malaysia yang "terwujudnya" satu sindrom dikalangan bukan Islam, yakni Islamphobia.

    Sindrom ini mungkin bisa menjejaskan bilangan pengundi untuk mengundi BA dek kerna berlambangkan PAS, saya tidak berminat untuk menghurai panjang berkenaan persoalan ini.

    ReplyDelete
  7. menarik.. cadangan kedua tentang lambang supaya pas berkorban lambang dan guna lambang pkr yang didakwa lebih "malaysia" yang terpacul dari minda mahasiswa melayu nasional menunjukkan ramai orang muda jahil daulah islam.

    dalam semua orang dah faham pendirian anwar dan pendokong reformis dan pendokong demokratik liberal dalam pkr, boleh pula orang muda melayu terfikir duduk bawak ketiak pemikiran dan ideologi yang dianggap "malaysia" ini dicadangkan pada laman pro-pas.

    tengah harakah tak mengulas kenyataan anwar menolak negara islam, ini memberi signal sudah ramai pejuang politik tak yakin sangat keindahan perjuangan mengangkat daulah islam.

    adakah ketidakyakinan pada keindahan islam iaitu merujuk apa yang boleh ditawar oleh islam dari sudut ekonomi, sosial dan politik termasuk undang-undang jenayah sebagai tanda kejahilan tentang aspirasi imam hassan al banna dan syed qutb mula mengikis?

    satu kebodohan orang muda yang ghairah nak jadi pejuang islami tapi segan-segan nak bangga dengan apa yang boleh islam sumbang bukan setakat optional (pilihan alternatif) tapi teras dan teraju. patutnya cadangan pkr guna lambang pas, dan biar pkr yang jadi segan-segan nak angkat liberal, dan biar tian chua terpaksa berucap menyokong daulah islam dan hudud pas. itu baru dzimmi yang tunduk pada islam. jangan islam tunduk pada harbi.

    patut jangan kalah pada umno atau paklah yang berjaya buat mic, mca dan gerakan segan-segan lalu terpaksa sokong islam hadhari sebagai agenda BN. padahal depa bukan paham pun pasal iman dan taqwa prinsip pertama islam hadhari paklah. majoriti umno pun tak faham iman dan taqwa sebab tu ramai orang umno sendiri terpinga-pinga segan pasal islam hadhari. mungkin sebab paklah gagal terjemah prinsip itu pada dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas cadangan kalian,

    mohon kalian memahami konteks persoalan yang cuba saya bawakan.
    Insya Allah andai berkelapangan saya akan cuba huraikan sejelas-jelasnya.

    berikut adalah konteks persoalan yang perlu difahami oleh pembaca.

    1. Penggunaan satu lambang BA hanya boleh digunapakai dengan adanya gabungan tujuh buah parti, sepertimana syarat yang ditetapkan oleh SPR.

    2. Adalah mustahil lambang PAS digunakan oleh BA berikutan kegagalan PAS mendapat sokongan daripada masyarakat bukan Islam terutamanya masyarakat Kristian, hindu dan buddha. Saya tidak dapat nafikan wujud kelompok kecil dikalangan mereka menyokong PAS tetapi peratusannya amat rendah berbanding KEADILAN yang jelas mewakili semua kaum dan semua agama. KEADILAN memiliki potensi yang besar untuk meraih undi dari pelbagai kaum (agama) bersesuaian dengan imej yang bersifat multi-racial.

    3. Cadangan untuk mengadakan pertandingan mencipta lambang BA, adalah bernas tetapi ia adalah lari dari skop persoalan dan permasalahan yang dibawa oleh saya, ia juga amat tidak praktikal untuk diadakan dalam tempoh masa yang amat suntuk dimana pilihanraya amat hampir.

    ReplyDelete
  9. human book,

    out of topic!

    ReplyDelete
  10. Salam kunjungan

    Bersama untuk kemenangan Ummah

    http://zul4kulim.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. MusicForum
    Akan menganjurkan satu Mini Jamming Session
    dan sesi dialog muzik bersama grup NITRUS.

    - Utk maklumat lanjut boleh di dapati di www.musicforum2007.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Monitor de LCD, I hope you enjoy. The address is http://monitor-de-lcd.blogspot.com. A hug.

    ReplyDelete
  13. salam ziarah.

    menarik konsep blog saudara.

    cara penulisan juga saya suka...

    jauh sekali dari carutan atau hasutan apatah lagi fitnah dan tohmahan..

    moga kita semua bertemu jalan pulang asal kejadian.


    Tagline saya :

    kita tak nak lawan.

    kita mahu kawan

    ReplyDelete