Sengaja ingin saya menyinggung persoalan yang dibangkitkan oleh Saudara Anuar dalam isu terbaru dalam laman Umno-Reform. Terdahulu bersama tajuk panasnya yang terburuk dalam senarai umno-reform, kini timbul isu baru yang bertajuk dah la. Kedua-dua tajuk ini sememangnya berbeza tetapi pengisian dan matlamatnya hampir sama iaitu mahukan pimpinan baru yang bisa merobah persepsi masyarakat terhadap perjuangan UMNO yang sehingga kini masih kurang meyakinkan disamping merobahsemula perjuangan UMNO agar selari dengan kehendak rakyat khususnya bangsa Melayu. Walaubagaimanapun apalah ertinya isu ini dibangkitkan tanpa ada isu yang kontradiksi dengannya.
Saya telah mencadangkan kepada Saudara Anuar agar menimbulkan isu yang terbaik dalam UMNO. Saya yakin pendekatan ini adalah lebih berhikmah jika dibandingkan dengan pendekatan memaparkan yang terburuk dalam UMNO. Setidak-tidaknya, pemimpin-pemimpin UMNO yang lain akan terus dan lebih bermotivasi untuk menggolongkan diri dikalangan yang terbaik. Secara langsung mahupun tidak langsung, ia akan memberikan keuntungan kepada rakyat yang mendambakan kepedulian daripada pemimpin yang mewakili mereka. Ia juga tidak terkecuali bisa membantu pimpinan UMNO terutamanya YAB Dato Seri Abdullah dalam usaha memilih calon-calon yang terbaik untuk UMNO dalam pilihanraya akan datang dan bisa membantu beliau untuk membentuk barisan kabinet yang mantap, bersih dan berwajah rakyat.
Izinkan saya untuk membuat pencalonan pertama untuk terbaik dalam UMNO. Calon yang kedua dan seterusnya saya serahkan kepada Saudara Anuar dan teman-teman yang lain untuk sama-sama tentukan secara rasional. Calon yang saya maksudkan ialah Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Dato Shahrir Samad. Siapakah yang terbaik dalam UMNO pilihan anda? Sama-sama kita nilai untuk kebaikan semua terutamanya Melayu kerana UMNO adalah jelas milik bangsa Melayu. Mungkin telah tiba masanya untuk kita Memiliksemulakan UMNO untuk seluruh bangsa Melayu bukannya seperti kini UMNO hanya dimiliki oleh golongan tertentu, untuk perjuangan tertentu, untuk kepentingan tertentu yang jelas ianya telah bercanggah dengan peranan dan matlamat utama penubuhannya.
Artikel ini pernah dipaparkan dalam UMNO-reform.com
farrel,
ReplyDeleteaku setuju dgn pandangan kau, bagi aku amat sukar untuk aku pilih yang terbaik dlm umno berbanding yang terburuk dalam umno, kerana hampir kesemua dalam umno adalah yang buruk belaka.
ada lagi ke pemimpin trbaik dlm UMNO?? hahaha....
ReplyDeletefarrel,
ReplyDeleteaku calonkan KHAIRI JAMALUDDIN.. Beliau ada karisma, ada idea, ada pengaruh... ada kuasa..
Jika dibandingkan HISYUDDIN dengan KHAIRI.. KHAIRI JAUH LEBIH MENYERLAH...
AKU SOKONG KHAIRY...
KULI??
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteboyan & Anonymous January 26, 2008 3:46 AM,
dikalangan yang buruk pasti ada yang "terbaik", cuma yang baik dikalangan yang buruk tidaklah sama dengan yang baik dikalangan yang terbaik, yang pasti usah dilabel mereka sebagai "beruk" walaupun mereka buruk..
aku sokong dato' shahrir, dulu kini dan selamanya...
ReplyDeletehello bro, aku pk dlm umno ada lg yg trbaik, smua kaki ampu, dato shahrirpn kaki ampu! dulu masa TDM dia bising2, tp bila time paklah dia bisu, takutkan KJ... hahahahah...
ReplyDeleteaku calonkan.. Dato' Dr. Masyitah..hahahaha
aku fikir, aku xada calon... ada lagi ke yg baik dlm umno? semuanya layan perut sendiri je beb!
ReplyDeleteserius.. aku memang xterfikir calon UMNO yg layak bergelak "terbaik"... semuanya korup!!!
ReplyDeletesalam pencerahan!
ReplyDeletesaya calonkan dato' khalid nordin..
ReplyDeletedan dato' azalina othman..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteterima kasih atas pencalonan dan pandangan kalian..
hahaha... xada yg terbaik dlm umno, yg ada cuma yg terbusuk dan terburuk ja..
ReplyDeleteMuhyiddin Yasin??
ReplyDeletesekadar beri cadangan
Panggil balik la orang lama... Musa Hitam, Ku Li, Anwar..
ReplyDeleteTan sri isa samad??
ReplyDeletehttp://isa-samad.blog.com/
Aku sokong Dato Shahrir Samad.. teruskan usaha mereformasikan UMNO...
ReplyDeleteSaya cadangkan En.Farrel sendiri.
ReplyDeletecalonkan Dato Azalina!
ReplyDeleteAku cadangkan Dato' Mohamad Hassan...MB N.Sembilan dan Tengku Razaleigh Hamzah...Ahli Parlimen Gua Musang...!!!
ReplyDeleteDato Khaled nORdin... Menteri Pembangunan Usahawan --
ReplyDeleteKhairy the Next Education Minister
ReplyDeletemane ada yg terbaik lg dlm umno..
ReplyDeleteone more vote for Dato' Shahrir!!
ReplyDeleteaku calonkan saudara anuar mohd nor...
ReplyDeletecuma aku xpasti dia ni umno atau tak!! ahli bahagian mana? ape jawatan dia? aku sendiri tak pasti.. yg pasti aku calonkan dia..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaku cadangkan Anuar Mohd Nor..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteaku calonkan Datin Seri Normala Samsudin, hehehe
ReplyDeleteKhairy pasti menang di rembau, badrul cuma bicara berdegar2 ...
ReplyDelete1. Dato Abdul Ghani Othman (MB Johor)
ReplyDelete2. Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Ketua UMNO Batu Pahat)
APA KATA ISTERI-ISTERI MEREKA & SUAMI-SUAMI MEREKA YANG AMBILALIH..MAKNENYER AZALINA KENA LETAK JAWATAN...
ReplyDeleteullamah atau ustaz yang mencerama di masjid dan surau selapas magrib biasa patut di hukum rotan ceramah okey tetapi ceramah campuran menyebut allah campuran politik apalagi kat masjid dan surau last last undi pula yang dia punya topik bukan allah .banyak kali coment tetapi c i d polis tak pantua pun c i d rakam lah dengan telepon berkemera dan selaisai cerama allah campuran politik mekutuk orang lain okey gambar kan mukha dia jika dah nak salam hampir selasai berpolitik di masjid dan surau tangkap dia bawa kebalai hadap kepada boss balai biar tuan siasat sebelum siasat suruh sembahyang waktu fardu isyak si tukang cakap tadi jika ingkar apa boleh buat .okey tuan dengan perkataan kau buat apa tadi kat masjid atua surau memang orang gitu degil memang tak ngaku biar tuan tunjukan rakaman dan gambar masa di tempat tersebut jika didapati bersalah hukum se wajar nya sanggup membohong kata allah ada yang sama jenis orang sanggup modefied terjemahan mahacuci alquar an kalau boleh pinjara dua denda 5000. dan rota 4 kali .maaf tuan kami bukan ajar boss balai kami minta tolong.
ReplyDelete