July 4, 2007

PENJENAMAANSEMULA UNIT AMAL DPPP

Sejak kebelakangan ini, isu penjenamaan semula atau re-branding, hangat dibicarakan oleh pimpinan PAS yang dipelopori oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Tujuan dan matlamat utama Penjenamaan Semula ini tidak lain dan tidak bukan bagi menarik seberapa banyak sokongan anak muda melayu dan juga masyarakat bukan Islam untuk mendekati dan memahami perjuangan PAS. Idea ini amat menarik dan antara hasil pertama dan utamanya ialah kemunculan NISA'. Iaitu satu unit yang berperanan untuk memberi saingan kepada PUTERI UMNO dalam memenangi hati golongan wanita muda melayu.

Kejayaan Nisa' yang dinaungi oleh Muslimat PAS Pusat menyebabkan timbulnya gesaan dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) baru-baru ini dan sebulat suara bersetuju untuk menggesa Dewan Pemuda PAS Pusat menjenamasemulakan Unit Amal bagi menangani remaja lelaki berdasarkan kejayaan Unit Nisa' Muslimat.

Cadangan yang dibawa oleh Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan antara lain untuk menyediakan platform alternatif kepada anak-anak muda lelaki (terutamanya ahli PAS) bagi mendedahkan mereka kepada aktiviti berpersatuan dan menyalurkan mereka yang berpotensi sebagai pelapis. DMPWP juga mengharapkan unit ini akan mendekatkan PAS dengan masyarakat dan mengambil tanggungjawab untuk memandu golongan muda terutamanya remaja ke arah aktiviti yang lebih bermanfaat. Unit amal hendaklah diberikan penarafansemula supaya tidak hanya mengendalikan urusan kebajikan dan badan beruniform semata-mata, bahkan dapat mengendalikan remaja lelaki sepertimana Nisa'.

Saya amat bersetuju dengan cadangan dan gesaan yang dibuat oleh DMPP. Pada hemat saya perkara asas dalam penjenamaan semua Unit Amal adalah namanya tanpa menafikan pengisiannya. Bagi saya penggunaan nama Unit Amal adalah agak kurang komersil dan secara jujurnya ia gagal meransang hati anak muda terutamanya golongan remaja untuk menyertai apatah lagi untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang perjuangan dan fungsinya.

Saya merasakan adalah menjadi satu keperluan yang mendesak untuk Dewan Pemuda PAS Pusat untuk menukar nama Unit Amal kepada nama lain yang difikirkan sesuai dan yang paling penting dapat melambangkan imej baru PAS agar ia dapat diterima oleh golongan muda yang berkepelbagaian latarbelakang.

Saya sekadar mencadangkan satu nama yang terbaik untuk Dewan Pemuda PAS Pusat pertimbangkan. Nama yang saya cadangkan ialah SATRIA. SATRIA memiliki makna yang jelas disamping memiliki sebutan yang bernilai komersil selain melambangkan nilai juang dan kekuatan anak muda yang meronta-ronta menginginkan perubahan.

Penjenamaansemula ini memerlukan tindakan yang segera dan dalam masa yang sama memerlukan kajian yang mendalam agar ia tidak menjadi liabiliti dalam perjuangan DPPP dan PAS amnya. Mungkin dengan penukaran nama Unit Amal kepada SATRIA atau nama-nama lain yang difikirkan sesuai akan dapat memberi saingan kepada Putera UMNO dan bisa memberikan nilai tambah kepada proses penjenamaansemula PAS mahupun DPPP sepertimana yang diperjuangkan oleh pucuk pimpinan baru PAS kini. Kelewatan ataupun usaha menangguhkan penjenamaansemula ini hanya akan mencacatkan usaha penjenamaansemula PAS secara keseluruhannya.

Oleh yang demikian saya menyokong penuh gesaan DMPP agar DPPP memulakan usaha-usaha untuk menjenamakan semula Unit Amal secepat mungkin agar peranannya dapat diterjemahkan dalam usaha menawan hati anak muda terutamanya golongan remaja dan bukan Islam bagi memastikan penerimaan mereka terhadap PAS dalam pilihanraya yang akan datang akan meningkat dan seterusnya mengukuhkan kedudukan PAS sebagai parti alternatif di Malaysia.

Artikel ini pernah dipaparkan dalam Harakahdaily, Marhaen dan Laman Pemuda PAS

6 comments:

  1. petikan dalam harakahdaily.net

    sila rujuk:

    http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8518&Itemid=46

    ReplyDelete
  2. rujukan dlm lamanweb pemuda pas

    http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=99&Itemid=1

    ReplyDelete
  3. rujukan laman marhaen :

    http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_eval_reform01.html

    ReplyDelete
  4. salam..

    terima kasih kepada semua atas kesudian menyiarkan petikan daripada blog evaluasireformasi.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Bagus usaha nisa'.. dppp terlalu menumpukan pemuda dan pilihanraya.. cadangan nisa' ni sepatutnya membuka mata dppp untuk menumpukan juga kepada pembangunan remaja Malaysia.

    khabarnya, dppp ada unit yang menangani remaja.. jika benar, sudah tiba masa untuk unit itu mengorak langkah kehadapan, keluar dari kebiasan dppp, mencetuskan idea-idea baru, memasarkan 'brand' baru untuk remaja.

    buat permulaan, mungkin boleh ambil modul / gerakkerja nisa' sebagai model bergerak.. tidak usah malu, kerana nisa' sudah punya bukti kejayaan.

    tentang nama, macam-macam nama yang boleh dikormesilkan .. SATRIA (macam cdgn nisa'), Briged Amal, Briged Gen2, dan lain-lain nama yang sesuai.

    pointnya, dppp dan unit berkenaan perlu lebih berani keluar dari pemikiran style lama .. pemikiran yang terlalu menghentam tetapi tidak ada solusi terbaik untuk menarik remaja.. kalau dah ada plan, tingkatkan, dan beri tumpuan untuk menambahbaik segenap sudut.

    jika 'gap' remaja ini dapat ditangani, sudah pasti masyarakat akan memberi kredit kepada dppp dan akan menaikkan dppp sebagai sayap yang 'care for young generation'.

    ReplyDelete
  6. Memang begitulah orang politik mahu nama dan berjenama supaya ada glamor dan orang akan tertarik kepada glamor - asasnya kepada form bukan substance. Selama ini kerja kebajikan yang dilaksanakan oleh unit yang dikatakan berAmal tidak cukup kerjakah? Kerja amal tidak kehabisan skopnya. Libatkan anggota kita kepada amalan kebajikan disamping meningkatkan diri dalam ilmu untuk membina syaksiah jati diri.
    Pimpinan, kajilah asas landas yang Amal ditubuhkan dulu. Cita-cita dan semangat orang dulu jangan dipersiakan cari dan binalah keberkatan yang mereka telah asas. Padan dan persuaikan dengan kehendak semasa. Kita terus kukuhkan asas yang telah dibina. Inilah sepatutnya kita buat dalam tradisi Islam. Bina dan terus membina.
    Generasi hari ini jangan lupa golongan yang merintis penubuhan wadah yang berkat ini sehingga hari ini.
    Carilah inspirasi dalam sirah ar Rasul zaman muda Baginda saw.
    Pimpinan, rangkalah keperluan pengisian tarbiyah remaja hari ini agar survival remaja dapat mengisi pimpinan masa hadapan; dengan penuh yakin amanahkan kepada mereka dengan ikhlas. Pimpinan yang ada perlu memberi sokongan sepenuhnya kepada gologan pelapis. Usah merajuk jika tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya. Malu kita dengar Ulama minta dia dikekalkan sebagai calon walhal dia nak berjalan pun bertongkat tidak larat.
    Visi dan matlamat Gerakan/Kumpulan Amal adalah untuk melaksanakan amal kebajikan yang terbaik (par excellance); dikenali sebagai golongan yang amat serious dengan tugas. Amal disasar menjadi sinonimos dengan Gerkan Kebajikan Terbaik yang ditaja oleh PAS. Inilah trademark/jenama sebenar bagi PAS. Jangan jemaah dikenali dengan sifat bukan bukan. Nama baik Amal adalah sepadan dengan pekerti setiap ahli yang mestilah terbaik. Berdisiplin; Hemah tinggi; Prestasi Terbaik dalam apa tugasnya; Membawa mesej Amal itu Aman; Seorang anak muda Amal mencerminkan pekerti Islam yang terbaik.
    Isikan setiap ahli Amal dengan kekuatan Iman dan sifat haibah, bangga sebagai ahli Amal dan menjadi cita-cita mendorong setiap remaja dengan bangga \"Saya mahu menyertai Amal, berkhidmat dalam Amal\".
    Utamakan khidmat kerana Allah. Terbitkan Jurnal Amal dua bulanan. Buka ruang untuk Remaja Amal dengan alternatif amalan berfaedah. Anjurkan aktiviti Amal - Ekpedisi Amal; Sahabat Amal;Niaga Amal: Pertanian Amal; Akademik Amal; Profesional Amal; Perubatan Amal; Jurutera Amal; Alam Siber Amal; Amal Prihatin Alam Sekitar, kemuncaknya, Iman dan Amal.
    Kemenangan bakal menyusul. Jangan lantang untuk Amal menangkan parti. Kemenangan Islam itu lebih diutamakan. Jangan sempit fikiran, seperti kita sebut pati lawan itu taksub. Mungkin kita juga taksub (dijauhi Allah).

    Ikhlas,
    Orangtua.

    ReplyDelete