September 11, 2007

ULANGTAHUN MALAYSIA 44 VS KEMERDEKAAN MALAYA 50

Isu ini muncul setelah saya mula membaca blog teman saya Ainisazreen yang bertemakan Hari Lahir Malaysia ke 50 dan blog Nurul Izzah Anwar juga miliki tema yang hampir sama. Seterusnya teringat saya tentang petikan kenyataan Dr. Jeffry Kitingan baru-baru ini mengisytiharkan Kemerdekaan Sabah yang ke 44 yang menimbulkan beberapa polemik. Seterusnya terdetik dibenak hati saya untuk bertemu dengan teman saya yang merupakan pensyarah subjek kenegaraan disalahsebuah universiti tempatan, untuk membicarakan tentang isu ini dan beliau menegaskan bahawa sejarah ulangtahun Malaysia yang ke 50 memiliki fakta dan dalam ertikata yang bisa saya tafsirkan dengan agak keras ialah boleh didefinisikan sebagai penyelewangan fakta.

Andainya Malaysia mengisytiharkan ulangtahunnya 50, maka secara tidak langsung sejarah Malaysia telah berubah seolah-olah Tanah Melayu (Malaya) telah menjajah Sabah dan Sarawak. Sedangkan jika sejarah disingkapi dengan lebih telus, pembentukan Malaysia terjadi hasil persefahaman dan persetujuan bersama antara Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu dan seterusnya secara bersama membentuk negara baru yang dinamakan Malaysia.

Malaysia bukan penukaran nama daripada Malaya ataupun Tanah Melayu tetapi Malaysia adalah negara baru hasil gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebagai tanda keramat membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak bukan dijajah oleh Tanah Melayu, maka pemimpin-pemimpin tempatan Sabah terdahulu sebagai contoh Donald Stephens (Tun Fuad) dan Datu Mustapha Datu Harun telah membuat perjanjian dimana hak keistimewaan Sabah harus dikekalkan melalui 20-point agreement bersama pimpinan Tanah Melayu (Malaya) iaitu Tunku Abdul Rahman yang juga penerajui kewujudan Persekutuan Malaysia. Atas dasar ini jugalah maka Sabah menerima penubuhan negara baru Malaysia bersama Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak. Oleh itu, tindakan kita menyambut ulangtahun ke 50, Malaysia adalah satu tindakan yang agak kurang bijak disamping memperlihatkan kekurangan ilmu kita berkenaan sejarah pembentukan negara kita sendiri, Malaysia. Tindakan ini sungguh mengecewakan jika dibiarkan berterusan tanpa pembetulan.

Jika benar kita mengiktiraf sejarah penubuhan negara kita yang sebenar-benarnya. Mungkin ada kewajaran untuk kita sama menantikan detik 16 September 2007 untuk kita sama-sama meraikan Ulangtahun Kelahiran Malaysia ke 44. Atau mungkin kita akan terus menjadi hamba kepada kepincangan fakta ini dan terus meraikannya tanpa merasa bersalah kepada diri sendiri apatah lagi kepada Malaysia yang kita sayangi. Sebagai rakyat Malaysia adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita memperbaiki kesilapan ini agar kepincangan ini tidak diwarisi dan kita terus menjadi hamba kepada kepincangan fakta ini untuk selama-lamanya.

Artikel ini pernah dipaparkan oleh Malaysia-Today.net dan Laman Marhean.

10 comments:

  1. http://www.malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=8064

    ReplyDelete
  2. http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_eval_reform02.html

    ReplyDelete
  3. thanks farrel. ada juga yang sensitif isu ini rupanya. dan untuk pengetahuan farrel, 16 sept merupakan cuti umum untuk negeri sabah ;-)

    ReplyDelete
  4. Ini isu penting, ini sebenarnya telah mencabuli nilai-nilai Islam, saya terpaksa menyanggah. Islam tidak membenarkan sebarang penyelewengan dalam segala aspek termasuk fakta dan sejarah! Saya amat bimbang ini akan memberi gambaran buruk terhadap pimpinan melayu dan islam umumnya seolah2, penyelewengan ini dihalalkan oleh agama Islam. Tetapi pada hakikatnya, jelas Islam langsung tidak mengizinkannya.

    ReplyDelete
  5. Farrel,

    saya akan mengeluarkan ulasan @ kenyataan berhubung artikel saudara sekaligus menyatakan pendirian & pemahaman saya mengenai konsep kenegaraan Malaysia dan kemerdekaannya.

    terima kasih kerana bertanya.

    ReplyDelete
  6. Salam 2 all.

    Hari ini Khamis 16 Sept 2010 (bersamaan 07 Syawal 1431), seluruh negara meraikannya sebagai peringatan tertubuhnya negara yang hari ini dikenali sebagai Malaysia. Gabungan diantara empat negara iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah & Sarawak. Ianya berlaku pada 16 September 1963, empat puluh tujuh tahun yang lalu.

    Mengapa negara ini dipanggil Malaysia selepas penggabungan teman pun tak pasti yop. Teman dah cuba buat research tapi tak jumpa jawapan. Siapa sebenarnya yang memberi nama Malaysia itu? Apa makna "Malaysia" teman pun tak tahu! Dan mengapa Malaysia namanya..entah ler. Kot mike diluar sana ada jawapannya boleh lah berkongsi maklumat. Tapi teman ada sedikit maklumat yang teman catat dibawah yang mungkin boleh membantu*.

    http://zul4kulim.blogspot.com/2010/09/16-sept.html

    ReplyDelete
  7. untuk sambungan .... sila layari

    http://zul4kulim.blogspot.com/2010/09/16-sept.html

    ReplyDelete
  8. Best Casino in Palm Springs, California - Mapyro
    Best Casino 군포 출장샵 in Palm Springs, CA. 용인 출장샵 A place to relax 양주 출장샵 and win. The 목포 출장샵 closest 익산 출장마사지 hotel is the Mirage. It offers luxury and convenience while also keeping you

    ReplyDelete