November 21, 2007

TUKAR SEGERA IRAMA LAGU KEBANGSAAN

Serangan terhadap lagu Negaraku, secara bertubi-tubi yang dimulakan dengan isu penciplakan irama lagu Mamula moon, kemudian isu "campak ke laut" antara penyanyi Hattan dan Ahli Parlimen Sri Gading, YB Dato' Haji Muhamad b. Haji Aziz dan terbaru kemunculan Negarakuku karya Namewee. Semua ini menimbulkan kesedaran dalam benak fikiran saya sehingga menyebabkan saya merasakan telah tiba masanya irama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditukar dengan menggantikan irama baru yang diinspirasikan oleh komposer tempatan. Sengaja saya memanaskan semula isu ini yang kelihatan mulai sejuk dan membeku rentetan pejuang-pejuang muzik tempatan yang kepenatan dalam usaha memperjuangkan isu ini berikutan rasa kecewa kerana tidak mendapat layanan dan perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan.

Saya mencadangkan agar irama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku diberinafas baru disamping mengekalkan lirik asalnya. Saya dengan penuh yakin dengan kebolehan komposer tempatan merasakan adalah wajar tanggungjawab pengilhaman semula irama Negaraku diserahkan sepenuhnya kepada komposer-komposer tempatan dibawah kawalselia kerajaan. Saya secara peribadi merasakan ia merupakan satu keperluan yang mendesak supaya isu penciplakan ini yang dipelopori oleh pihak tertentu dapat dihentikan dan dibakulsampahkan. Kerajaan sewajarnya melayani isu ini dengan sewajarnya kerana ia kelihatan amat relavan dengan keadaan semasa. Isu ini juga telah menyebabkan maruah Malaysia tercemar berikutan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tertentu yang sememangnya ada kebenaran dan asasnya.

Imbas semula sejarah lagu Negaraku, diilhamkan berdasarkan inspirasi lagu Kebesaran Negeri Perak. Lagu ini pada asalnya merupakan rentak sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean De Beranger (1780-1857). Lagu ini diperkenalkan oleh sebuah pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahe yang terletak dalam Kepulauan Seychelles. Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Sultan Jaafar Safiuddin Muazam Shah yang telah dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, telah memperkenalkan lagu yang diberinama Trang Bulan. Sekembali semula ke Negeri Perak, Raja Muda Raja Abdullah telah menulis senikata lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan yang disusunkan dengan irama lagu Trang Bulan dan kemudiannya menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan Malaysia. Berikut saya sertakan beberapa klip video yang merujuk kepada perbandingan lagu Negaraku dengan lagu-lagu yang diciplaknya iaitu Mamula Moon, Terang Bulan dan Trang Bulan.

Artikel ini pernah dipaparkan dalam Tranungkite Online dan Marhean

10 comments:

  1. salam,
    aku rasa irama dan lirik juga patut ditukar.. tajuk Negaraku juga ditukar.. 100% idea baru!!

    ReplyDelete
  2. lagu negaraku sudah sebati menjadi lagu kebangsaan. lagu dan lirik salah satu memang boleh diubah untuk diberi nafas baru. tapi saya rasa, komposer tempatan takut nak buat sebab nanti jadi kontrovesi lagi...

    ReplyDelete
  3. ladymariah & others..

    thanks..

    kontroversi lagi? ubah lagu pun kontroversi, tak ubahpun masih kontroversi...

    ReplyDelete
  4. ya,

    kita patut cuba rentak regey atau hip hop. baru rancak.

    apasalahnya upah komposer luar? klcc guna arkitek luar, isu pulau batu putih pakai peguam luar, tak jadi isu kot

    ReplyDelete
  5. bumi langit...

    aku setuju,
    kite upah jer komposer mane2..
    kita buat hiphop..

    best gak...
    nama lagu .. kita tukar "NEGARAGUA"
    yang penting kita tukar irama..hehehe

    ReplyDelete
  6. sedara,

    dlm blok saya, sedara ada kata semangat ada turun naik.

    sedara tiru kata-kata hanzalah?

    aku ini munafik ya rasululLah! aku ini munafik ya rasululLah!

    mana boleh plagiat~ lalalala

    ReplyDelete
  7. hehehe...

    hanzalah..

    sebut perkataan 'munafik',
    memang berat istilah.2 untuk diterima kepada sesiapapun..

    tapi hakikatnya betapa ramai dikalangan kita tergolong dlm golongan tersebut termasuk saya..

    plagiat~plagiat~ hahahaha

    ReplyDelete
  8. Gostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.

    ReplyDelete
  9. rujukan tambahan tentang artikel ini boleh didapati disini :

    http://tukartiub.blogspot.com/2010/08/internet-dan-youtube-mengubah-negara-ku.html

    ReplyDelete