Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Saudara Hidayat Saifudin. Membicarakan isu penarikdirian Saudara Ezam Mohd Nor dari KEADILAN dan kematangan beliau dalam tindakan. Untuk diskusi lanjut sila layari blog adihamka. Penjelasan yang ringkas tetapi amat menarik untuk direnungi bersama.
Saudara Faizal
Ketidakmatangan yang saya maksudkan begini, dalam keadaan parti tidaklah sekuat mana, beliau terus menghentam. Pada saya tindakan ini pun tidak matang. Apatah lagi bahu beliau juga terpikul dengan pelbagai versi tuduhan yang tidak dijawab, yang nadanya hampir sama dengan apa yang dilempar Saudara Ezam. Evaluasi itu penting, muhasabah diri. kelemahan perlu ditampung dengan daya usaha, bukan tikam menikam.
Saya tidak melihat isu yg dibangkitkan Saudara Ezam ini tidak berasas, cuma pada hemat saya, berkelakuan begini disaat-saat genting sebegini memberi ruang seluas-luasnya untuk menjahanamkan gerakan secara sistematik.
Saya difahamkan daripada beberapa sumber, penarikan diri yang dibuat banyak dipengaruhi oleh Saudara Ezam sendiri, daripada penarikan diri AMK sehinggalah dalam mesyuarat bahagian shah alam yang lepas dan Saudara Ezam perlu tampil menjelaskan keadaan agar pendukung perjuangan tidak berterusan prejudis ke atas beliau.
Ulasan saya :
Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Mungkin kita sama-sama lebih bersetuju dengan pendekatan Saudara Saifuddin Nasution dan Saudara Anuar Tahir, yang keluar dari KEADILAN dengan senyap-senyap, lalu masuk PAS tanpa sebarang pengisytiharan. Kini Saudara Anuar Tahir menjadi AJK PAS Pusat manakala Saudara Saifuddin Nasution (Pengurus Yayasan milik PAS) dan baru-baru ini beliau dilamar semula oleh DSAI dan dilantik menjadi Pengarah Strategi KEADILAN.
Saya percaya kita berdua sendiri masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya yang berlaku! Sekarang kita cuma mampu tunggu dan lihat, siapa sebenarnya bersandiwara. Antara DS Anwar, Saudara Azmin Ali atau Saudara Ezam!
Saya percaya pejuangan-pejuang seperti Dr. Badrol Amin, Tian Chua, Sivarasa Rasiah, N.Gobalakrishnan, Mustafa Kamil Ayub dan beberapa pimpinan tertinggi KEADILAN masih memiliki keikhlasan dan kejujuran yang tinggi dalam perjuangan.
Saya cuma agak kurang yakin dengan DS Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini berikutan tindakan beliau yang hanya menyerang peribadi TPM dan amat jarang menyerang PM dan Naib Ketua Pemuda UMNO, seolah-olah memiliki suatu agenda tersirat atau mungkin ada formulasi sulit tertentu yang bisa membinasakan perjuangan KEADILAN atau mungkin juga ia satu formulasi sulit yang bisa memperkasakan perjuangan KEADILAN? Apakah muslihat disebalik semua ini? Saya percaya saudara dan teman-teman yang lain pasti hanya mampu membisu tanpa sebarang jawapan, kerana jawapannya hanya ada pada DS Anwar, Saudara Azmin dan Saudara Ezam sahaja. Persoalannya kini, wajarkah kita hanya tunggu dan lihat?
babad?? macam Babad Pengkhianatan Jawa ~ pak khalid jaafar??
ReplyDeletepetikan blog ainisazreen
ReplyDeletehttp://ainisazreen.wordpress.com/2007/07/11/hilang-fokus/#comments
"hilang fokus"
walaupun akhir-akhir ini diasak dengan pelbagai persoalan mengenai “keadilan” yang semakin goyah, saya cuba mencari masa yang sesuai untuk memberi analisa dari kaca mata saya. adapun hakikatnya saya bukanlah ‘legal analyst’ sehebat kalian di luar sana. pengunduran beberapa nama besar di dalam PKR seolah-olah memberi petanda tidak langsung bahawa hayat parti itu seolah-olah retak menanti belah.
bagaimana pernah saya tekankan sebelum ini, pengunduran mana-mana individu dari parti, amat saya hormati. saya amat pasti dan yakin, pengunduran mereka bersebab dan ia merupakan hak individu itu sendiri (untuk memberi penjelasan atau tidak berhubung pengunduran mereka) dan juga terpulang kepada corak pendekatan masing-masing (sama ada mengadakan sidang akhbar, memberi notis akuan kepada pihak tertentu untuk disiarkan, memberi penjelasan di dalam laman peribadi masing-masing, membuat hebahan di dalam media cetak ataupun undur dan diam). saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada pejuang-pejuang ini (walaupun ada mata yang memandang mereka bekas pejuang) kerana sanggup tampil ke hadapan memberi penjelasan.
Demi Tuhan, saya tidak tahu akan kewujudan apa-apa perbalahan dan pertikaian di dalam organisasi parti dan saya cuba untuk tidak melihat dari sudut pandang tersebut. apa yang pasti, percaturan politik Malaysia masih sama. tidak berubah. hilang fokus terhadap matlamat dan perjuangan, merupakan salah satu titik kepada semua pertikaian. saya tidak beranggapan bahawa mereka yang telah pergi meninggalkan parti tidak komited selama ini bahkan dunia menjadi saksi nama-nama inilah yang merupakan paksi pengukuhan parti satu masa yang lampau. cuma bezanya sekarang, pengunduran mereka seolah-olah mengandungi satu mesej penting - yang jika dipandang enteng, perjuangan hanyalah sepuluh abjad yang biasa.
rajukan mereka-mereka ini bukanlah rajukan biasa. pengunduran seorang demi seorang mengandungi mesej-mesej yang berbisa. kita bukan lagi anak kecil yang perlu dimaklumkan satu demi satu. kita dikurniai akal untuk berfikir mengenai semua amalan dan perbuatan. itulah anugerah. terus kita? apakah kita perlu melatah sebaik sahaja melihat dari satu sudut persepsi?
saya mohon dengan kudrat yang ada, kepada golongan muda supaya telus dalam perjuangan. anda menjadi saksi percaturan kali ini. terpulang kepada kalian untuk memilih siapa sebagai wira. jika kedudukan dan penghormatan yang dikejar, nasihat saya - lupakan perjuangan.
Sdr farrel,
ReplyDeletesaya akan memberikan respon ke atas persoalan yang sdr bangkitkan,insyaAllah.
interesting. really interesting!
ReplyDeletesdr hidayat & ladymariah,
ReplyDeletethanks atas komen kalian..
haha...
ReplyDeletekiralah buah catur itu. hati2 ada yang memerhati. jangan kamu jatuh tersungkur ketika asyik mengira.
hahahahahah
"Saya kekal menyatakan pendapat bahawa, KeADILan bukan parti yang meletakkan kiblat perjuangan hanya pada idealisme individu. Yang didukung adalah harapan dan perubahan untuk rakyat. Malah kalau DSAI sendiri memilih untuk keluar daripada perjuangan ini kerana percaturan peribadi, maka beliau juga akan saya sanggah..."
ReplyDeleteselanjutnya di http://nahdah.wordpress.com/2007/07/17/buat-sahabatku-farrel/#more-43
saudara adihamka,
ReplyDeleteterima kasih atas respon saudara,
saudara menyatakan bahawa saudara akan menyanggah DSAI andai beliau keluar dari perjuangan ini? Apakah dengan penyertaan beliau dlm UMNO saudara bisa menyatakan beliau mengkhianati perjuangan? Sedangkan saudara sendiri tahu bhw UMNO adalah wadah terbaik dlm menjana dan merealisasikan AGENDA MALAYSIA BARU.
Apakah saudara memperjuangankan WADAH? atau saudara memperjuangankan PENGISIAN WADAH?... iaitu AGENDA MALAYSIA BARU...??? Andainya saudara memperjuangkan kedua-duanya.. Mungkin kah isu ini tidak akan timbul?
UMNO Dulu, Dahulu dan Mungkinkah Akan Datang?