July 6, 2007

CADANGAN LOGO SATRIA PAS?

Salahseorang daripada pembaca blog ini, byxura secara sukarela telah merekabentuk logo cadangan bagi SATRIA sepertimana yang terpapar disebelah. Bagi saya hasil logo yang dikirimkan saya adalah suatu hasil kerja yang amat kreatif. Mohon agar cadangan ini dipertimbangkan oleh pihak Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya pengurusan UNIT AMAL. Mungkinkah logo dan idea ini akan diterima? Mungkinkah ia akan ditolak? Kita tunggu saat kemunculan UNIT AMAL versi baru! Walauapapun nama atau logonya, yang pasti kewujudannya atau kemunculan jenama barunya pasti bisa memberi impak yang besar kepada negara terutamanya golongan remaja lelaki amnya. Terima kasih kepada harakahdaily, laman marhaen dan laman web Pemuda PAS Pusat atas kesudian memetik artikel ini, berkenaan isu Penjenamaan Semula Unit Amal PAS. Semoga keprihatinan mereka memaparkan isu ini akan dapat mengilhamkan idea kepada pengurusan UNIT AMAL dalam usaha menjana perubahan dengan lebih pantas dan mengesankan bagi memperkasakan lagi UNIT AMAL ini. Semoga dipermudahkanNya.

2 comments:

  1. terima kasih kerana singgah di blog saya.
    cadangan sdr mengenai Satria amat menarik.
    semoga perjuangan kekal diteruskan,insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. saudara adihamka,

    terima kaseh atas komen saudara, semuanya sekadar cadangan, saya akui memang agak mudah memberi, sukar utk melalui saat menterjemahkan cadangan (imaginasi) kepada realiti... Moga Tuhan permudahkan segalanya..

    ke2, terima kaseh juga kerna singgah blog saya!

    ReplyDelete