Berikut adalah petikan respon yang diberikan oleh Timb. Ketua Penerangan AMK, Saudara Hidayat melalui blog beliau Dengan Izin.
Saudara Faizal,
Perdebatan kian hangat dek kerana sepatah ayat yang saya nukilkan : Malah kalau DSAI sendiri memilih untuk keluar daripada perjuangan ini kerana percaturan peribadi, maka beliau juga akan saya sanggah. Saya meminta sesiapa saja yang membaca agar tidak melarikan skop diskusi daripada pokok pangkal asal. Asal perbincangan ini bermula apabila saya mengeluarkan pendapat apakah benar KeADILan tidak dipimpin matang, secara diktator dan kepimpinan lemah sebagaimana yang dilemparkan oleh Mantan Ketua AMK, Sdr Ezam. Ini perkara asas.
Saudara Faizal,
Perdebatan kian hangat dek kerana sepatah ayat yang saya nukilkan : Malah kalau DSAI sendiri memilih untuk keluar daripada perjuangan ini kerana percaturan peribadi, maka beliau juga akan saya sanggah. Saya meminta sesiapa saja yang membaca agar tidak melarikan skop diskusi daripada pokok pangkal asal. Asal perbincangan ini bermula apabila saya mengeluarkan pendapat apakah benar KeADILan tidak dipimpin matang, secara diktator dan kepimpinan lemah sebagaimana yang dilemparkan oleh Mantan Ketua AMK, Sdr Ezam. Ini perkara asas.
Pada hemat saya, ‘keluar daripada perjuangan’ tidak boleh dilihat dalam skop yang kecil, iaitu sekadar wadah semata-mata. “perjuangan” yang saya istilahkan lebih bersifat menyeluruh, persoalan merencanakan agenda. Dalam erti kata yang mudah, agenda dan wadah berada dalam ‘kapal’ yang sama, menuju destinasi yang satu. Tidak perlu timbul isu persoalan berbeda, samada perjuangan ataupun wadah perjuangan.

Apakah tahap kematangan rakyat Malaysia sudah berada di tahap yang begitu dasyat, sehingga boleh mengubah situasi hanya melalui jalanraya, tanpa perlu melalui proses pilihanraya? Saya tidak mengatakan bahawa ‘mass force’ (tekanan massa) tidak penting, tetapi saya melihat ‘mass force’ lebih berperanan sebagai melengkapi ‘political force’. Dalam iklim Malaysia, perubahan secara dominan perlu dimulakan melalui sistem politik.
Saya boleh bersetuju bahawa relevansi wadah tidak berkadaran dengan masa. Tetapi tidak sukar menilai keperluan sesuatu wadah untuk didukung mendepani perjuangan agar perjuangan sampai ke destinasi yang tepat. Pada saya, gagal memilih wadah yang betul, sama seperti menaiki kereta yang tidak ada stereng, enjinnya jahanam, tayarnya botak, untuk berkelana seluruh Semenanjung Malaysia. Saya yakin, kalau ini senario yang kita pilih, maka tawakal lah menghadapi risiko.


Ya, Anwar akan saya sanggah, kalau ‘tuning’ perjuangan ini lari dari apa yang beliau perjuangkan sedari dulu. Dan kalau beliau memilih Umno pun, saya tetap sanggah meskipun saudara mungkin berpendapat bahawa Umno punya ruang untuk berubah. Kerana saya berpegang pada kata-kata Anwar sendiri, “Umno ibarat kereta yang rosak parah, justeru membaikinya sama dengan menukar kereta baru.”
Tuntasnya, tidak ada masalah menukar wadah, tetapi biarlah wadah itu berkesan, dan paling penting tidak rosak. Apa guna berjuang melaung kalimah semangat, tetapi salah memilih wadah, akhir nanti kekal sesat mencari destinasi. Menukar wadah juga bukan satu pengkhianatan, tetapi sesiapa saja boleh menilai samada wujud unsur pengkhianatan atau tidak, kalau memilih untuk menukar wadah, kemudian memalitkan kekotoran pada wadah yang ditinggalkan. Pastinya itu tidak bijak.
Yang membezakan manusia sesama manusia, pada perkiraan saya ada dua, iman dan prinsip. Maka apabila seseorang itu teguh prinsipnya, penghormatan saya berhak beliau peroleh. Tetapi kalau perilaku bercanggah dengan prinsip, jangan ditanya kenapa mereka dicemuh. Pada saya, yang keluar, biar lah keluar. Kalau dulu pernah dipopularkan kalimat, “Seorang Anwar dan Ezam di dalam, seribu Anwar dan Ezam akan muncul di luar.” InsyaAllah doakan saja pada Allah Maha Esa segala-galanya berjalan sebagaimana aturanNya. Jazakallah Bi Khair..
saya akan tunggu kesudahannya
ReplyDeleteterima kasih,
ReplyDeleteAnonymous August 13, 2007 3:00 AM
berikut adalah petikan menarik utk dibaca.
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9239&Itemid=28